Pages

info addinul islam




And will provide for him from where he does not expect. And whoever relies upon Allah - then He is sufficient for him. Indeed, Allah will accomplish His purpose. Allah has already set for everything a [decreed] extent.
[At-Talaq:2-3]
Kerap kali hati ini merintih lemah meminta dan mengharapkan daripada Allah swt. Sesungguhnya sangat banyak cabaran yang telah dilalui dan kadangkala ianya seperti memaksa kita untuk meninggalkan jalan ini. Nauzubillah.Inilah fitrah kita selaku makhluk yang bernama manusia. Tidak pernah lekang dengan sifat cuai kerana kita bukanlah diciptakan sempurna. Mungkin selama ini kita terasa kuat dalam menghadapi mehnah pada jalan ini tetapi akan tiba suatu masa kita akan dikunjungi perasaan lemah dan malas yang akan menusuk hati kita secara perlahan-lahan. Ketika itu hati akan mula memberontak dan akhirnya dengan mudah syaitan laknatullah menjalankan misi mereka untuk menarik kita mengikuti jalan toghut.
sebagai seorang pejuang syiar islam,,lihatlah ayat ini:

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
(Al-Baqarah:214)

Perjuangan ini penuh onak duri dan segala macam rintangan, tetapi walaupun rintangan itu setinggi langit, ingatlah bahawa Allah sentisa berada di sisi kita.
ya ALLAH,,sesungguhnya engkau maha pengampun,,amat cinta memberi keampunan oleh itu ampunilah kami,,ya ghaffur...ya allah kau pancarkanlah halawatul iman itu meresapi kalbuku serta kau kirimkanlah taufiq dan hidayahmu untukku agar aq bisa berdiri teguh diatas siratMU,,sesungguhnya ibadatku ,hidupku dan matiku ,hanya untukMU Ya ALLAH,,di sini,,,,di kiblat ini,,aku ingin berubah ya rabb,,bantulah diri ini,,
ya rabb, aq hnyelah insan yg kerrdi,, sering lalai serta sering mnangguhkan sesuatu yg aq ingin lakukan,,sungguh ta digalakkan tok mngguhkan sesuatu yg baik mcm dlm hadis ni,,
Abdullah bin Umar berkata: "Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah kamu menanti pagi dan apabila kamu berada di pagi hari janganlah kamu menanti petang." (Hadis Bukhari) Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin berkata:
"Jangan ditangguhkan kerja-kerja ini ke masa hadapan kerana kemungkinan nyawa kamu dicabut semasa kamu sedang menangguhkan."

“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Al-Baqarah ayat 256
“Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama mu."
Al Maidah ayat 3


“Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah;”
Al Qashash ayat 16
dan engatlah ketika ALLAH mngeluarkan keturunan anak-anak adam dari sulbi mereka,,dan ALLAH mngambil kesaksian terhadap jiwa mereka ,,,lantas berfirman:
"bukankah aq ini tuhanmu ?"
lantas mereka mnjawab: benar engkau tuhan kami dan kami mnjadi saksi"
kami lakukan yg demikian itu supaya di hari kiamat kamu tidak mengatakan ini:
"sesungguhnya kami(bani adam) adalah orang yg lengah terhadap ini(keesaan tuhan)
(7:172)
ini ikrar kita,,ini taat setia kita,ini penyaksian kita,,namun lahir kita ke dunia ramai yg lupa dan leka alpa ayuh saudara dan saudariku,,kembali ke fitrah kita :-)

No comments:

Post a Comment

Followers